Tersangatlah takder kerja kat opis.
Ada hari macam dilanggar garuda,
tak cukop tangan nak buat kerja.
Ada hari lenggang mcm nilah.
Aku amek keputusan tuwun bawah sat, bli roti 60 sen.
Naik balik opis, bancuh kopi.
Tongkat Ali one tuh.
Nak jd jutawan lah katakan.
Setiap kali aku bancuh kopi, sure mate sekalian akan menghidu aroma.
Andy : Hey Shafri, you drink hard one yea?
Me : Owh, really!?
Sambil mulut mengunyah roti 60 sen.
Sambil menghirup kopi yang masyuk.
Aku berkarya lagi.
Aku cuba selami kehidupan lama.
Ketika itu aku di 2A1. Aku minat dekat seorang minah di 2A2.
Tp dia minat pada kawan baik ku. Ah, andai kata dia kata "I love you" sekalipon pada aku, bukan aku akan balas "I love you two", bahkan utk jawab "I love you three" pon tidak, mesti aku balas "Ei..geli nyer aku!!"
Hmm..kekasih gelapku kah dia? Yg pasti aku tak mahu terlibat dlm kes cinta monyet.
Hari ini baru aku sedar, itu bukan cinta. Itu suka namanya. Kenapa aku suka pada dia. Hmm..matanya macam Linda Rafar. Agak kejepunan sikit. Sekali iras adalah mcm Linda Rafar.
Kekasih gelap wanabe itu aku simpan dilubuk hati sehingga ke tingkatan 5. Bila Sabtu dan Ahad, ketika semua orang di asrama, aku lebih prefer utk berada di kelas yg lenggang. Selalu juga terserempak dengan Atuk n Akmal..hak hak. Tp no worries, aku tak kacau punya.
Bila aku rasa sengal, aku ke kelas dia. Aku duduk di atas mejanya. Aku pon kemas secantik-cantiknya buku-buku yang mengisi dalam mejanya. Mesti dia rasa pelik bukan. Entah siapa pula yang mengemaskan mejanya. Hari ini aku mengaku, akulah orangnya. Tak tahulah aku, kalau-kalau sebnarnya memang dah kantoi pon aku nih.
Lama aku lost in contact dengan kawan-kawan aku semenjak aku melanjutkan pelajaran ke obersea. Ada yang dah bekerjaya, ada pula yang dah berumah-tangga. Aku mula bercatur-catur, jika di sekolah dahulu, mereka hangat bercinta, apa kesudahan mereka agaknya?
Ada yang kekal mcm Mayang dan Jimi. Pergh...yg nih memang gua respek. Bak kata pepatah mcm pinang di belah dua. Wa caya lu Jimi!(btw Ramzi aper cer huh!?)Sebaliknya ada yang membawa haluan masing-masing. Dan tak lupa juga yang berkahwin dengan teman sekolah yang lain. Sekali fikir mamanglah hati berkata "Abes apa makna cinta yg dulu!"
Tapi bagi aku itu semua perkara biasa. Lumrah jodoh. Macam dalam cerita "Selamat Pagi Cinta" dan cerita-cerita cinta yang lain.
Di friendster, entah tak semena-mena aku terbuka page si dia. Walaupon aku tak terkejut, aku buat-buat macam terkejut. Dia agak berisi. Dulu comel jer. Wah....apa maknanya. Lom kawen tp mcm mak orang jer!
iklan : So aku pon terpikir mcm nih. Setiap aweks masa sekolah dulu tuh ader mcm potensi masa hadapanlah. Masa sekolah dulu comel, tak semestinya pengakhirnya comel. Masa sekolah dulu siket punyer tembam, tak semestinya pengakhirnya tembam juga. Aweks itu akan hanya dpt dinilai selepas mereka berada di alam after study. Ada yang semakin naik harganya, ada yang harganya "Ala..kenapa tak mcm dulu!?" Ada yang tewas dgn kolestrol sehingga tidak segetah dulu(wah...gatalnya ayat aku ini). Ada pula yang semakin hebat dengan kehidupan yg sehat.
Andai kata aku suka kan dia. After several years we meet again, aku rasa agak sukar utk aku bilang "sudah lama ku nantikan saat ini...bla..bla..bla.."
Atau ketika dulu itu aku mula jadikannya my girl, macam mana aku nak hadapi situasi yang dia semakin melebar, di kala aku pula semakin mengecil!!?
Tiba-tiba lagu XPDC yg begitu kapak itu terngiang di telingaku. Kata Mael "Cinta itu buta!" Benar juga. Kalau ianya terbina dari apa yang mereka katakan CINTA, pasti mereka akan saling terima seadanya.
Hmm, dlm kes ini, maknanya kekasih gelapku dulu itu bukan CINTA lah!!
Suasana senyap seketika.
Memandangkan tiada suara yg menyahut utk menjawab persoalan aku ini, maka aku ambil keputusan utk menjawabnya sendiri,
"Kompemlah bukan, sengal! dia pon dah kawen dengan orang lain!"
p/s : Ini hanya karya kosong, harap tiada yang terguris. Hamba sangat paham yang tiadalah mereka yang hampeh melainkan diri hamba ini














